4.1
Perkahwinan Kaum India
Masyarakat India merupakan etnik ketiga
terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah
pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat
India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,
masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
4.2
Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti
faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain
seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang
keluarga juga turut diambil kira.
4.3 Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik
dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan
untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini
dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah
ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang,
cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.
Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik
dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima
hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang
yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai
sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat
lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat
India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki.
4.4
Ikat Janji Atau Niccayam
Dilakukan selepas mendapat persetujuan
kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam
jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa,
sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan
kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat
janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai
tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulan marrutal.
4.5 Parisam
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam
biasa atau udan parisam
Parisam biasa adalah pemberian hadiah
yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa
adalah pemberian hadiah yang dilakukan
pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam
masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian
parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami
sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin
perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional
seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan
buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu.
Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan
puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara
sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang
mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu
daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh
melihat puurana kumbu dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal
pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga
upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat
janji (niccayam) dan pemberian hadiah.
4.6
Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang
penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan
almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk
kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam
bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang
(arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai
paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk
diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama
sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
4.7
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Merupakan lambang suci perkahwinan yang
dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal
benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh
masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan
sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India.
Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari
perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang,
kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang
thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.
Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan
diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin
adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai
thaalippadaiyal.Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah
dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan
diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit
yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
4.8 Mukuurtta Kaal
Dilakukan lima hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik
mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang
pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan
batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan
upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan
lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah
ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
4.9
Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan
Menanam sebatang pokok yang lurus dan
disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis
bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit
dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga
aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan
menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin
4.10 Selepas Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan
oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat
tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati
kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan,
Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan
disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan
tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan
tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan
dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan,
kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh
saudara mara serta sahabat handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh
masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu
perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka
disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan
menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas
perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam
akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun
amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja
yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan
perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.
Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada
para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari
sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam
agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta
sahabat handai.