6.1 Merisik
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan
dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang
diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian
sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak
lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat
lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti
dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali.
Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang
itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk
mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia
sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu
dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses
risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga
keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang
terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus
dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.
Risikan ini dibuat berulang kali,
peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari,
malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti
diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik
anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan
seumpamanya.
6.2
Meminang
Apabila ibu bapa perempuan mendapati
risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak
lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga
digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
6.3
Bertunang
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu
bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan
mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi
dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan
membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak
boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan
diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan
hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh
perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan
yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar
terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika
mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
Hantaran kahwin biasanya terdiri
daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada
tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.
Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,
gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi
atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan
dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.
6.4 Majlis Perkahwinan
Hantaran kahwin biasanya terdiri
daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini
dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada
tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari
perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri
daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang
berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari
perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung
kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak
perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni
kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah
pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan
lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah
menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah
pengantin perempuan.
Selain daripada empat hantaran yang
menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut
dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah
kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan
kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat
dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum.
Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah
pengantin perempuan.
Bagi mereka yang berkemampuan, majlis
dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan
suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum
boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh
bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau
dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis
perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara
khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan
mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa
pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan
sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa
selama tiga hari.
Perkara yang paling penting dalam
upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi.
Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di
tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam. Di
hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam
nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian
kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara
miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah
upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu
yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.
7.
Kesimpulan
Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan
masyarakat manusia. Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam
menghubungkan dua insan secara halal sehingga mendapat zuriat. Keutuhan Adat resam perkahwinan
merupakan sesuatu agenda kesinambungan dalam sesuatu kaum. Ianya mencerminkan budaya dan adat resam yang
harus dijaga bagi tatapan dan sejarah sesuatu bangsa. Kemodenan hari ini
umumnya sedikit sebanyak boleh menjejaskan
pewarisan budaya adat resam khususnya adat perkahwinan kepada generasi
baharu . Namun budaya ini harus diberitahu kepada anak-anak muda agar ianya”
tak luput dek hujan dan tak lekang dek panas.” Walaupun dunia menuntut
perubahan dalam cara hidup selari dengan arus kemajuan namun amalan budaya
seharusnya tidak dilupakan begitu sahaja kerana ianya merupakan khazanah
sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun
bagi orang-orang Melayu khususnya , Islam
tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan
kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu
difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari
dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam
masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan
dengan akidah dan syariat Islam.
No comments:
Post a Comment