Perkahwinan dalam masyarakat Cina
merupakan satu titik tolak yangmembawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya
keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh
ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan
masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
3.1 Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui
latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat
tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri
ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik
terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini
amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan
perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan.
3.
2 Meminang
Ramai pasangan muda pada masa ini lebih
selesa untuk menentukan siapa yang bakal menjadi teman hidup mereka. Namun,
masih ada juga yang meminta jasa ibu bapa atau saudara mara yang hampir atau
jauh untuk mencari pasangan untuk mereka.Ketika ibu bapa bakal pengantin lelaki
menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang
bertanggungjawab untuk mengurangkan konflik serta rasa malu ketika
membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya
tidak rapat atau langsung dikenali.
3.
3 Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan
kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua
pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh
tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika
dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar
cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis
kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan
persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau
nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada
tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan
persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik
bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung
hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
Ketika menentukan hari yang sesuai,
tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.
Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.
Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu
diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan
mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada
hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat
Pendaftaran Perkahwinan.
Di antara hantarannya ialah sebentuk
cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki
tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin,
keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas
kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
3.5 Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan
setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua
belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal
pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam
seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain
sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan
dan lelaki dihias indah. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih,
merah atau kuning. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan. Seterusnya pengantin lelaki akan
bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki
dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin
yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki
akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini
begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu
daripada keluarga mertua masing-masingDalam masyarakat Cina juga, upacara
meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat
Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan
pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping
bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh
yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara
perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan
makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin
Baru saya tahu rupanya orang cina ada bertunang. Ingatkan orang melayu jee 😅
ReplyDelete