Friday, 6 February 2015

2.0 Perkahwinan Masyarakat Melayu

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang.

2.1       Adat Merisik
Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan  mengenali keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Pada kebiasaanya satu rundingan akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan. Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.

2.2       Adat Meminang.
Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.
Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya  mereka akan berbincang tentang segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Pada ketika itu seandainya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Dari segi konsepnya Menghantar Tanda adalah ditakrifkan sebagai “putus cakap”. Ini membawa maksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.

2.3       Adat Bertunang
Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula  diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti  bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak perempuan.

Pada kebiasaannya bilangan hantaran juga akan di hantar dalam bilangan yang ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap dikatakan akan membawa implikasi yang tidak baik. Sementara hantaran dari pihak perempuan pula akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berumah tangga ,maka pihak lelaki juga harus memberikan sumbangan berupa hantaran yang akan ditetapkan oleh keluarga perempuan kerana  dianggap peminangan tersebut sudah melangkah bendul.

2.4       Adat Berinai.
Majlis berinai biasanya diadakan secara berpingkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan  untuk saudara mara terdekat sahaja. Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil.  Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketika dpula dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya  diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

2.5       Akad Nikah.

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam
Pada hari berkenaan, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi berserta  dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan persetujuannya akan pernikahan tersebut.

Seterusnya  Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan sebaik sahaja selesai adat akad nikah. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
                    
Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan.  Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.


Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin  di atas pelamin. Justeru tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan secara penuh adat mengganggap pasangan pengantin sebagai raja  sehari oleh kebanyakan masyarakat Melayu lantaran tertib dan teraturnya pengurusan proses perkahwinan yang diamalkan sejak turun temurun


23 comments:

  1. aku guna korang punya info untuk buat assignment, thanks guy.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya, kerja khusus tingkatan 2 aku ambil dri siniπŸ˜‰

    ReplyDelete
  3. I using this for my assingment.....thanks guysss

    ReplyDelete
  4. Santap beradab?bersiram di atas panca persada?mne?

    ReplyDelete
  5. Santap beradab?bersiram di atas panca persada?mne?

    ReplyDelete
  6. Saya gunakan untuk ujian lisan saya

    ReplyDelete
  7. Saya gunakan untuk kerja kursus saya

    ReplyDelete
  8. Saya guna untuk moveon dari ex saya

    ReplyDelete
  9. THANKS..nak buat rujukan untuk asignment

    ReplyDelete
  10. saya guna ini untuk reject orang. tq

    ReplyDelete
  11. Boek doh info

    ReplyDelete
  12. saya baca sbb tunang sya mrh sya sbb tk ambil tau pasal perkhawinan

    ReplyDelete
  13. Adat mmg takkan pupus melainkan manusia yg buatkan ia pupus.. πŸ™πŸ»

    ReplyDelete
  14. Khatam Al Quran

    ReplyDelete