Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud
suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun di dalam masyarakat
sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan
sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi perkataan adat
adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu
perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang
tetap dan dihormati orang sekaligus berkaitan
dengan proses kehidupan manusia. Menurut
Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua
lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku
Perkahwinan membawa maksud akad yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat
tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A. W dan juga sunnah para rasul.
Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: ‘empat perkara dalam sunnah para
rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah. ”(riwayat
Ahmad dan Tarmizi sesiapa yang menolak
perkahwinan bererti menolak sunnah Nabi SAW. Justeru Islam
mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia
juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Umum
mengetahui masyarakat Malaysia terdiri
dari pelbagai kaum. Setiap kaum
mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri serta unik dan menarik.
Melalui
tugasan ini saya akan menghuraikan secara terperinci tentang adat resam
perkahwinan beberapa masyarakat yang terdapat di negara kita. Melalui tugasan ini juga kita akan melihat
terdapat persamaan dan perbezaan yang ada dalam adat resam perkahwinan kaum di
Malaysia yang mungkin belumdi ketahui oleh genberasi muda.
No comments:
Post a Comment