Friday 6 February 2015

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang sekaligus  berkaitan dengan proses kehidupan manusia.  Menurut Dr.Van Dijk mengatakan adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua peraturan dan tingkah laku 
Perkahwinan membawa maksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A. W dan juga sunnah para rasul. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: ‘empat perkara dalam sunnah para rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah. ”(riwayat Ahmad dan Tarmizi  sesiapa yang menolak perkahwinan bererti menolak sunnah Nabi SAW. Justeru Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. Umum mengetahui masyarakat  Malaysia terdiri dari  pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai adat istiadat perkahwinan yang tersendiri serta unik dan menarik.

Melalui tugasan ini saya akan menghuraikan secara terperinci tentang adat resam perkahwinan beberapa masyarakat yang terdapat di negara kita.  Melalui tugasan ini juga kita akan melihat terdapat persamaan dan perbezaan yang ada dalam adat resam perkahwinan kaum di Malaysia yang mungkin belumdi ketahui oleh genberasi muda.

No comments:

Post a Comment